Thursday, 5 May 2016

Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM

Assalamualaikum semua.

Disebabkan sekarang ni dah final sem and masa dah semakin tak sibuk dengan lab, tutorial and presentation, akak nak bercerita tentang Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM, yang mana main fakulti dia bertempat di UiTM kampus Puncak Alam, Selangor. Harap boleh dijadikan rujukan kepada adik2 yang berminat untuk further degree in pharmacy especially yang mendapat tempat di UiTM di hatiku.

Bidang Farmasi

Merupakan salah satu bidang yang agak kompetitif selain daripada medik, dentistry, lawyer, engineer, akauntan, sains kesihatan, dll. Oleh itu, persaingan untuk mendapat tempat di IPTA sangat tinggi. Untuk bersaing, adik2 memerlukan pointer asasi/matrik yang mantap selain daripada band MUET dan kuat dalam biology dan chemistry. Untuk UiTM, kebanyakan yang mendapat tempat adalah 3.80 ke atas dan MUET paling kurang band 3. IPTA lain mempunyai syarat kelayakan yang agak tinggi. Bagi yang ingin memilih institusi lain, adik2 perlu rujuk laman web www.pharmacy.gov.my dan cari:

Senarai Ijazah Farmasi yang diiktiraf Lembaga Farmasi Malaysia(link)

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

sebab? penting kerana adik2 perlu memilih institusi yang diiktiraf untuk menjalani latihan Provisionally Registered Pharmacist (PRP) selama setahun.

Silibus Farmasi UiTM


papan kenyataan fakulti farmasi


Tahun 1: Asas: contoh course adalah pharmacology (bagaimana ubat bertindak terhadap badan), anatomy and physiology (struktur tubuh manusia), organic chemistry (belajar pasal compound cam atom, reaction,etc,banyak menghafal), pharmacy practise(compound ubat), biochemistry, pharmaceutics (bagaimana formulate ubat), etc

Tahun 2: Advance daripada tahun  1- pathology(penyakit), microbiology(bacteria, virus yang menyebabkan penyakit), immunology (sistem pertahanan badan manusia), drug delivery system, antibiotics, peripheral nervous system, psychology, etc

Tahun 3: Praktikal year. Masih lagi belajar cuma tiada cuti semester kerana pelajar perlu menjalani latihan praktikal di farmasi komuniti(habis semester 5), industri(habis semester 6) dan hospital (semester 6(2 minggu), semester 7(3 minggu), semester 8(1 bulan). Belajar apply semua theory tahun 1 dan 2.

Tahun 4: Clinical year. Busy dengan hospital attachment. Apply theory semua tahun 1 dan 2. semester 8 paling relax tapi still kena pulun untuk kejar presentation. course: pharmacoinformatics, cosmetics, 

Forensic Exam

Mulai tahun 2014, semua pelajar farmasi diwajibkan lulus peperiksaan forensik untuk mendapat tempat sebagai PRP kat hospital kerajaan. Exam ini boleh diambil untuk pelajar tahun 3 dan 4. Pihak fakulti akan memaklumkan kepada para pelajar bila peperiksaan boleh diambil di universiti masing-masing.

Perkembangan Terkini Bidang Farmasi di Malaysia

Berkenaa ini, adik2 boleh rujuk melalui surat khabar dan orang2 yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Persaingan untuk mendapat tempat di hospital semakin sengit kerana berlaku lambakan graduan farmasi (perlu diingat bidang lain pun mengalami nasib yang sama).

Akhir kata, semoga adik2 dapat menjadi ahli farmasi yang terbaik untuk ummah yang 'sakit' ini. :)

2 comments:

  1. ramai x yang masuk degree farmasi uitm drpd diploma farmasi uitm dan brp cgpa mereka?

    ReplyDelete
  2. Casino in Atlanta, GA - Dr. MD
    (10 a.m. 청주 출장샵 to 1 춘천 출장샵 p.m. Hotel Casino in Atlanta, Georgia. The property's 전라북도 출장샵 current ownership in 안양 출장샵 the city is at 목포 출장샵 a historic breaking point.

    ReplyDelete