Akhir-akhir ini, saya memerhatikan bahawa ramai insan-insan bergelar wanita di luar sana yang berlumba-lumba untuk membeli produk kecantikan terutama sekali pemutih wajah untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah daripada kulit asal mereka. Walaupun, insan tersebut sudah berkulit putih. Mungkin pengaruh produk-produk kecantikan yang banyak di pasaran sekarang.
Kenapa? Pandangan masyarakat mungkin? Saya tak nafikan sememangnya masyarakat kita sangat memuja mereka-mereka yang berkulit cerah. Namun, janganlah kita terlalu mengambil peduli tentang pandangan masyarakat. Pandangan kita terhadap diri kita adalah lebih penting daripada pandangan mereka terhadap kita. Bukan begitu?
Keyakinan diri? itu juga salah satu penyebabnya. Memang ramai wanita di luar sana yang memerlukan imej yang menarik sama ada untuk suami atau kerjaya. Namun, perlu diingat bahawa kekemasan dan penampilan diri juga penting. Malah, kita juga perlu yakin dengan diri kita walau apa jua keadaan kita.
cuba lihat contoh fashion di bawah ini
atau ini:
Mana satu yang lebih cantik? :)
Tapi, apa yang lebih penting adalah kita penilaian kita terhadap kecantikan yang merangkumi keindahan segala ciptaan Allah ini.


No comments:
Post a Comment